03 December 2009

Seharum Mawar

Salam kasih sayang.
Salam seharum mawar.
Salam sehangat mentari.
Salam seindah pelangi.
Salam rindu padamu.

"Should I just be like this? Hoping for new spirit...! Spirit, spirit, come to me!"

Wahai adikku sayang, terkadang hati ini sayu membaca kalam bait yang dilontarkan walau sekadar hanya perkataan yang jauh diterbangkan. Diri ini faham akan kesakitan yang dilalui namun tidak pernah memahami akan apa itu kesakitan yang dideritai.

Berulang-alik ke hospital bagi menyelesaikan beberapa tugas buat diri ini makin dekat dengan pesakit, jauh di sudut hati terbayang akan adik yang jauh. Bahkan terlalu rindu untuk mendengar khabar. Seakan ada lintasan dari hati, untuk segera bertanya khabar adik yang dikasihi.

"Kak, duduk di sana seronok tak? Kalau winter main salji tak? Hanisah suka musim apa?"

Apa yang termampu dijawab hanyalah...

Keseronokan itu bukan pada yang mencari tetapi pada mereka yang mencipta. Keseronokan itu datang dari bahagia, bagi mencari bahagia sangatlah rumit dalam menetapkan skala pencarian tetapi sebagai makhluk Allah kita sendiri jugalah yang harus mencipta keseronokan dan seterusnya membenihkan kebahagiaan.

Anakku, permata hatiku sangat girang kala musim bunga kerana pada musim bunga keceriaan sangat jelas terpancar dari alam seakan hadiah dari Tuhan agar kita lebih menghargai. Hubby juga amat menyukai musim bunga, kami seakan beraya dan meraikan kemeriahan warna-warna bunga yang berkembang mekar. Sekembang taman hati yang kami usahakan untuk MENCIPTA keseronokan dan kebahagiaan.

Alhamdulillah. Banyak yang ingin dikongsikan bersama kalian. Tujuan blog ini juga dijelaskan dari Ukhti Wawa supaya ianya lebih santai dan ceria tidak lain tidak bukan bagi MENCIPTA keseronokan seterusnya kebahagiaan. Insya Allah.

Salam keceriaan,
Ummu Hanisah, United Kingdom.

1 comment:

  1. Yaa... syukran kak Nisa. Hehehe, insya Allah selepas ini mencipta bahagia dari sekeping hati yang berhajat kepada Ilahi :)

    Bagus ar ayat2 dalam ni tak sangka la pula kakak-kakak ni berbakat dalam berpuitis bermadah lagi. Heheh, mabruk!

    ReplyDelete

Jangan kata mengguris rasa :)